Tergerak aku nak mencoretkan sesuatu tentang fenomena yang melanda negara iaitu "FIXIE BIKE".. Sejak hebohnya di media masa mengenai, kegilaan segelindir masyarakat kita mengayuh basikal. Sejak itu juga, "FIXIE BIKE" mula dikenali dan diminati.
Tidak dinafikan, hobi ini merupakan suatu hobi yang baik pada penggemarnya. Tetapi, apa yang mendukacitakan aku ialah, kebanyakan mereka yang menceburi hobi ini langsung tidak mengamalkan aspek keselamatan. Penunggangnya langsung tidak memakai topi keledar, membawa basikal mereka hingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain, bila waktu malam langsung tidak ada bantuan cahaya.
![]() |
| gambar hiasan.... |
Walau betapa kita ini terlalu menggilai sesuatu hobi, aspek keselamatan tidak wajar diabaikan. Adalah lebih baik, sebelum menunggang, aspek keselamatan perlu diutamakan, mengayuh biarlah secara yang berhemah & tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Ada juga rakan2 aku yang bercerita, ada sekali mereka ini ditegur..mereka ini menunjukkan lagak samseng & tidak langsung menerima teguran pengguna lain dengan secara waras. Teguran yang diberikan bukan untuk sesiapa pun..melainkan untuk diri mereka juga..kalau berlaku kemalangan, bukan orang lain pun yang akan merasa susah, tentu diri sendiri & keluarga.
Apa2 pun, nasihat aku kepada mereka yang sedang menggilai hobi "FIXIE BIKE"...Sediakan diri dengan aspek keselamatan sebelum memulakan kayuhan..Menunggang biarlah secara berhemah...Utamakan keselamatan itu adalah lebih baik.Dan lagi, pakai lah pakaian yang sesuai untuk mengayuh...terutamanya, penunggang wanita lah...kalau nak mengayuh tapi terdedah sana terdedah sini..apa lah gunanya...
Sama2lah kita renungi, muhasabah diri & memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.
Sekian, wassalam......





















