Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH...!!!

Semalam tanggal 9 Julai 2011, negara berhadapan dengan sikap segelintir manusia yang ghairah untuk merosakan keharmonian negara yang tercinta. Walaupun semalam aku seharian berada di wad hospital menemani anak kesayang di sana, tetapi aku sempat juga mengikuti perkembangan terkini akan apa yang berlaku di Ibu Kota Kuala Lumpur.

adakah ini cara kita? budaya kita?

Rata - rata, apa yag berlaku semalam sememangnya bukan sahaja telah menyusahkan ramai pihak tetapi, memberikan imej negatif negara kepada pandangan luar. Sedih dan kecewa yang terbuku dalam hati aku sukar untuk digambarkan dengan kata - kata. Majoriti yang menghadiri "Perhimpunan Haram" ini adalah bangsa aku sendiri, iaitu bangsa melayu. Menjadikan masjid sebagai tempat untuk mereka menyemarakkan lagi suasana. Persoalannya, kenapa tidak di kuil, tokong atau gereja? Sedangkan yang menjadi dalang kuat kepada perhimpunan ini adalah Ambiga..

Katanya menegakkan Islam, adakah ini ajaran Islam yang diperjuangkan?

Aku terpikir, dimana kebijaksanaan kita, kewarasan kita dalam melakukan sesuatu tindakan? Adakah tindakan yang berlaku semalam itu, suatu tindakan yang bijaksana? Tindakan yang harus kita semua kagumi? Jika itu lah soalan yang diajukan kepada aku, sudah pastinya jawapan aku adalah "TIDAK".

Sebenarnya, setelah sekian lama aku memerhatikan suasana politik kita masa kini. Semakin lama, semakin ramai orang yang tidak sabar untuk menduduki kerusi empuk di singgahsana pentadbiran kerajaan masa kini. Pelabagai tektik kotor digunakan dalam usaha meraih sokongan rakyat. Pada aku lah, golongan yang menyokong cara ini adalah golongan yang tidak cerdik, walau pun aku tahu ada diantara mereka yang mempunyai pelajaran tinggi hingga menara gading. tapi sayang...masa yang lama diambil untuk memperolehi sejulung anugerah dalam akademik, dipersia -siakan. Kenapa kita tidak ada rasa keinginan, berebut - rebut untuk memajukan negara, memajukan anak bangsa sendiri dari tampok kehidupan kini kepada suatu yang lebih baik.

Bila ditangkap,minta bantuan untuk sedara mara gi jamin.tidak itu menyusahkan orang??
Sedih yang tidak terhingga apabila, agama Islam dijadikan asas perjuangan. Adakah yang tergila - gila dalam perhimpunan semalam, jelas tentang misi dan objektif perhimpunan itu diadakan? Datuk Ambiga telah pun mengadap DYMM Sultan Mizan, tetapi kenapa beliau tidak mempersembahkan "memorendom" kepada  Ke Bahwah Duli? Terus terang aku katakan, apabila aku perhatikan setiap maklumat yang ada, aku pun membuat analisis.. ada sesuatu yang tidak kena.. Jika Titah Agong, Sultan Selangor dan Sultan Johor tidak dihormati. Adakah barisan pemimpin ini yang harus dijadikan contoh terbaik..? Pada aku tidak..tidak sama sekali..aku tidak akan menjadikan pemimpin biadab terus bermaharajalela... Kerana apa, kerana mereka ini biadab..sombong dan angkuh.. Mereka ini ada diantaranya pengamal undang - undang, tetapi mereka ini juga yang merosakan institusi perundangan negara.. Tidak mustahil apabila mereka ini memerintah, perlembagaan negara akan dibuat sesuka hati mereka. oooo tidak...tidak akan aku relakan ianya berlaku..

Sepatutnya, dalam kita berada dalam kelompok negara yang pelbagai bangsa seharusnya kita perlu memberikan contoh terbaik kepada masyarakat dunia bahawa kita mampu terus bangun bersatu padu walaupun hidup dalam kepelbagaian bangsa dan eknik.

Dari dulu hingga kini, pembangkang tidak habis - habis mencari salah orang lain. Pada aku salah ke kalau pihak pembangkang turut sama dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi negara. Walaupun tidak menjadi pemerintah pada aku, pembangkang masih boleh lakukan yang terbaik untuk rakyat. Bagi pembangkang yang memerintah kerajaan negeri, tunjukkan keperihatinan anda kepada rakyat. Kotakan apa yang dijanjikan waktu pilihanraya. Kini, bukan isu - isu bodoh yang sering dicanang - canangkan mampu menawan hati rakyat tetapi, sikap wakil rakyat itu sendiri adalah cermin terbaik kepada sesuatu parti politik.

Apa pun, aku merayu kepada bangsa melayu, rakyat Malaysia..yang sebangsa, seagama dengan aku.. Fikir - fikirkanlah.. Usah kita menjadi negara - negara lain..yang kini berperang, pihak lain campur tangan dalam pergolakan..Sedarlah apabila ada pihak lain yang cuba campur tangan, pihak itu bukan ingin membantu menyelesaikan pergolakan antara dua pihak tetapi, umpama mencurahkan minyak tanah dalam semarak api yang sedang menyala.


Renungi dalam - dalam dengan hati yang tenang.. Renungi, fikir dan analisis dengan akal fikiran yang bijak..Ayuh kita semarakan api 1 Malaysia dan sayang pada negara...

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...