Selasa, 14 Jun 2011

Keluh Kesah ...

Semenjak kenaikan harga minyak diumumkan, terasa tentang peningkatan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Ditambah pula dengan pengumuman kerajaan takrif baru elektrik yang sememangnya cukup membebankan rakyat.


Berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri baru - baru ini,"baru semalam aje pengumuman takrif baru elektrik, hari nie aku gi kedai nak beli beberapa barang keperluan dapur, aku dikejutkan dengan peringatan tauke kedai. Katanya, lepas nie barang naik, telur ayam dah seminggu lebih order tak sampai - sampai. Siap tunjuk kat aku lagi, notis harga baru roti"

Bila aku dengar keluh resah tauke kedai itu, aku seolah - olah boleh menjangkakan bahawa kos sara hidup masa kini semakin meningkat. Tidak kira lah duk di bandar atau di kawasan pendalaman. 

Hari ini bila aku selak Berita Harian, aku tertarik dengan suatu artikel "Harga Kuih Naik 30 Peratus".Anda boleh baca sendiri artikel itu. (KLIK)


Apa - apa pun, pihak kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih serius. Langkah bijak perlu diambil kerajaan bagi mengelak kenaikan harga barang ini meningkat tanpa kawalan hingga menyusahkan pengguna. Ianya pasti akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara nanti. (sedap - sedap aku aje cakap gitu). Ialah apa tidaknya, apabila kos sara hidup semakin meningkat, gaji tak naik - naik. Kita boleh fikir sendiri apakah kesannya pada ekonomi negara nanti. Hakikatnya, kita semakin menghampiri tahun 2020.

Justeru itu, sama - samalah kita fikirkan secara bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...