Zaman persekolahan....Dulu & kini,telah jauh berubah..
Kalau aku nk berciter tentang masa zaman sekolah ku dan zaman sekolah anak2 di masa ini..Perbezaan yang cukup ketara sekali..Apa tidaknya..cuba kita engatkan semula di zaman persekolahan kita dulu..berapa RM mak ayah kita bagi sebagai wang saku kita ke sekolah..? waktu aku di zaman sekolah rendah...ayah aku bagi aku RM0.50..setiap hari aku wajib bawa bekal..kadang2 tu malu lah juga nak bawak bekal..pendek kata, waktu zaman sekolah dulu...mmg aku tidak terlepas untuk diwajibkan membawa bekal ke sekolah & berbekalkan wang RM0.50 setiap hari. Tapi bila anak2 kita sekarang..dengan berbekalkan RM0.50 tu mmg tidak mencukupi..Memanglah zaman dah berubah, kos sara hidup kini dah semakin meningkat..tetapi bila apa yg berlaku semalam sebenarnya membuatkan aku memikirkan sesuatu..
Semalam anak aku membeli 2 ketul "sosej" dengan harga RM1.00...terkejut besar juga aku..kalau yg jenis panjang2 tu xapalah juga..nie jenis 1 ketul bagi 2..Dimana silapnye..? tu baru citer bab makanan bernama "Sosej", pernah aku tanya harga nasi yg dijual dikantin sekolah...Nasi kosong + kuar kari + ayam seketul yang boleh tahan lah saiz nya...dengan harga RM2.00..
Memang berbeza di antara zaman yang pernah kita lalui berbanding zaman anak2 kita..Bagi meringankan beban kita sebagai orang tua, terpaksalah sebelum hantar anak kesekolah tu singgah sebentar di mane2 kedai yg menjual nasi bungkus dengan harga RM1.50..dah jimat RM0.50..Nasib baik lah di tempat aku tu ada 1 tempat yg jual nasi & kuih muih dengan harga yg boleh tahan murah..
Mungkin apa yg aku ceritakan nie..adalah berdasarkan situasi di tempat aku, di pekan kecil..tak tau lah bagaimana pulak dengan rakan2 kita yang mencari rezeki di bandar2 besar...bandar metropolitan..seperti di Kuala Lumpur, Johor Bharu yang boleh dikatakan juga, taraf hidup yang terlalu tinggi..
Kalau aku lah mau keje 24 jam sehari hanya semata2 untuk mencari sesuap nasi untuk anak isteri kita..tu baru citer bab makan minum belum lagi benda2 lain...Aduhhh taubat lah aku duk di bandar2 besar seperti itu..Jika aku mmg tak serasi dengan kehidupan seperti itu..Mujur lah aku pernah merasakan hidup di bandar metropolitan Kuala Lumpur sikit masa lalu..Ianya cukup memeritkan..Ianya mmg bertentangan dengan kehendak naluri ku yg menagihkan kepada ketenangan alam, yg sentiasa mahukan menghirup udara segar..
Semoga dengan perbezaan ini akan lebih memberikan motivasi dan keazaman buat aku untuk terus & terus mencari rezeki untuk memenuhi keperluan fitrah..
Cherioooo...73

Tiada ulasan:
Catat Ulasan