Semalam tanggal 9 Julai 2011, tarikh dimana anak aku "Nursyazwani" perlu dimasukkan wad disebabkan kes dental. Kalau ikutkan yang tertera pada kad kesihatan, anak aku perlu mendaftar jam 8 pagi. Tapi macam biasa lah, disebabkan tak nak begitu kalau di awal - awal pagi, aku dah minta untuk masuk lewat dan paling lewat anak aku perlu mendaftar jam 10 pg. Tetapi semalam, anak aku mendaftar jam 9.10 pagi di kaunter pendaftaran Jabatan Kecemasan dan Kemalangan, Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan....
| kenangan di Wad 2S HUSM... |
Tak lama selepas itu, doktor pakar yang merawat anak aku pun datang bertanyakan khabar..Teruja aku dengan kelembutan doktor pakar itu..memang lah doktor tu perempuan..tetapi cara yang cukup berhemah membuatkan hati aku rasa puas dengan layanan yang diberikan.
| si adik pun nak jugak ambik gambar di Wad 2S... |
Sikap ini lah yang harus ditunjukkan oleh setiap jururawat mahupun doktor atau sesiapa sahaja yang berhadapan dengan pelanggan, apatah lagi, doktor & jururawat sentiasa berhadapan dengan pesakit yang pelbagai ragam.
Bila time tengahari, anak aku kena ambik darah..kisahnya, anak aku nie, walaupun tubuh aje besar, tapi hati kecil..mulanya nk duk atas katil wad tu pun berlinang air mata..apatah lagi nak ambik darah..Rancangannya, petang tu aku nak balik kejap...sebabnya sepetang aku dah puas menunggu doktor pakar bius..lebih kurang pukul 545 petang, doktor pakar bius datang nak check anak aku, nak sign lah konon borang - borang mane yang perlu..Bile turn anak aku, anak aku bile menjelang petang batuk dia makin kuat sikit..Ianya dikesan oleh doktor pakar bius..
| jemput makan...sedap juga makanan kat sepital tau...!!! |
Doktor pakar bius mencadangkan agar pembedahan untuk anak aku ditangguhkan..alasannya, bila pembedahan diteruskan juga,kesan daripada batuk itu kemungkinan besar akan memberikan komplikasi kepada paru - paru. Dah doktor kata gitu, apa lagi aku pun tak pikir panjang..kena bersetuju dengan saranan pihak doktor..nak paksa - paksa dia buat pun tak boleh, apa jadi kat anak aku..tak ada maknanya..Bak kata orang mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Hampir pukul 8 malam, beredarlah kami anak beranak dari Wad 2S HUSM...
Kini, tengah tunggu pengesahan dari pihak Klinik Dental berkaitan tarikh baru pembedahan anak aku..
Itu lah cerita aku, kisah berpicnic dihujung minggu di Wad 2S, HUSM...
Sekian....jumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan