Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 4 umat islam seluruh dunia menjalankan ibadah puasa. Ada juga yang diantara kita dalam masa yang sama menghitung hari, untuk melihat Ramadhan akan meninggalkan kita dan tibanya Syawal.
Dalam mengharungi kehidupan di dunia ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang perlu kita tempohi samada suka atau duka. Kerana inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada hambanya.
Hari ini, kita perlu memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT. Kerana apa yang kita kecapi pada hari ini, saat ini dan di waktu ini adalah lebih baik daripada mereka yang tidak bernasib baik, yang sedang diuji dengan pelbagai kesusahan dan keperitan.
Yang pasti, keselesaan dan kemewahan yang kita kecapi kini bukan 100% milik kita. Sama juga dengan hati...tatkala kita melihat akan keperitan dan kepayahan insan - insan yang ada disekeliling kita. pastinya hati ini akan rasa tersentuh dan sedih..hanya mereka yang keras hati sahaja, tidak merasakan itu semua. ahhhh biarkanlah mereka yang keras hatinya...
Sejak aku menyiarkan kisah seorang sahabat Radio Amatur, iaitu Saudara Rosdin bin Sahir...Aku amat tersentuh dengan kisahnya... Aku sentiasa mendoakan agar beliau tabah dan terus tabah dalam menghadapi dugaan Allah ini. Tambah lagi, isteri dan anak - anaknya.
Benar!!! aku memang tidak mengenalinya..tidak pernah bersua muka atau QSO bersamanya, ini kan pula bertango - tango.. tetapi kisahnya itu cukup membuatkan aku tersedar dari khayalan dunia.. Hari ini hari dia, hari aku pasti akan tiba...bila dan dimana, semua itu hanya Allah yang lebih mengetahuinya..
Aku tahu, lebih ramai lagi insan - insan yang tidak bernasib baik seperti ini ada disekeliling kita. Mungkin kisah saudara Rosdin Sahir ini boleh dijadikan contoh dan tauladan... Apa yang berlaku ini bukannya orang lain, kerana dia adalah rakan kita, sahabat kita, malah dia adalah saudara seagama dengan aku..iaitu kita semua..
Aku boleh membayangkan betapa berat dugaan yang perlu dipikul oleh isteri dan anak - anaknya... Lebih - lebih lagi dimasa kita semua sedang menjalani ibadah puasa dan tidak lama lagi, kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...Ya Allah!!! tersentuhnya hati aku...
Untuk pembaca yang lupa akan kisah beliau, boleh baca DI SINI...
Justeru itu, aku dengan rendah diri menyeru kepada semua sidang pembaca blog aku ini tidak mengira latar belakang...Atas dasar perikemanusian dan berkongsi keperitan beliau dan keluarga. Aku menyeru, marilah kita mendermakan sedikit rezeki kita kepada beliau..Tidak banyak pun, sekadar kita sedekah RM10.00 kepada beliau...kalau lah setiap dari kita ini mendermakan RM10.00 kepada beliau pasti ada sinar untuk beliau dan keluarga menempuhi hari - hari mendatang.
Anggaplah ianya sebagai amal jariah kita sebagai bekalan di akhirat kelak.
Hari ini hari kita, esok lusa untung nasib kita belum tahu lagi.
Lebih - lebih lagi apa yang bakal kita lakukan di bulan Ramadhan ini adalah besar ganjarannya.
Sidang pembaca yang ingin menderma untuk beliau, sila klik DI SINI...
Yang telah menderma dan ingin menderma...
Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa baik rakan - rakan. Saya bagi pihak beliau dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.
Akhir kata, sekian, terima kasih dan WASSALAM.
de 9W2RSG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan