Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Pagi ini, saya tergerak untuk berkongsikan dengan sidang pembaca tentang "Rumah Kebajikan". Rumah yang menempatkan insan - insan yang kurang bernasib baik. Apa yang menarik perhatian saya ialah, bagaimana rumah - rumah kebajikan ini beroperasi?
Sidang pembaca yang dihormati sekalian,
Bila kita mengunjungi rumah - rumah anak yatim. Hati kecil saya ini pasti tersentuh bila melihat raut wajah anak - anak kecil ini. Dalam usia yang kecil sudah diuji dengan kehilangan kasih sayang ibu dan ayah. Hilang tempat bergantung, hilang tempat untuk bermanja. Apa pun ini semua adalah ketentuan Allah SWT ke atas setiap hambanya.
Tatkala itu, saya merenung jauh. Memikirkan masa dengan rumah - rumah kebajikan ini.
Memikirkan penghuninya yang sentiasa menagihkan simpati orang ramai.
Bulan Ramadhan sudah semakin hampir, apatah lagi bulan Syawal.
Anak - anak kita pasti teruja dan gembira bila menjelangnya hari Raya kelak.
Tetapi anak - anak kecil yang mendiami rumah - rumah anak yatim hanya mampu mengharapkan belas kasihan orang ramai.
Lantaran itu, saya jemput anda untuk ke RUMAH ANAK YATIM agar mudah bagi anda menyampaikan sumbangan samada wang ringgit atau pakaian atau apa jua yang anda fikirkan sesuai. Semoga dengan ini, ianya dapat sedikit sebanyak memberikan kegembiraan kepada anak - anak yatim ini. Sesungguhnya Allah akan melipatgandakan lagi ganjaran untuk anda di dunia mahu pun di akhirat.
Mungkin hari ini, hari mereka mana tahu esok lusa, anak - anak kita akan menerima nasib yang sama. Apa pun, kita hanya mampu merancang namun tuhan saja yang menentukan segala -segalanya.
Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan