Selasa, 23 Julai 2013

Kejadian Samun di RnR Titiwangsa

Info Samun di Hentian RnR Titiwangsa :

Kejadian ini berlaku sekitar jam 0500 pagi 23 Julai 2013. Sebuah kenderaan jenis Mercedes warna hitam yangdinaiki oleh 2 orang lelaki melayu telah mengalami kerosakan sekitar dan sejurus itu, mangsa didatangi sebuah lori yang dipandu oleh lelaki melayu untuk membantu mangsa, sekitar 5.30 pagi datang pula kenderaan kancil dengan 3 orang lelaki melayu yang juga datang untuk membantu. Perbualan di antara lelaki (lori) Lelaki (kancil) menggunakan lorat kelantan mencurigakan oleh mangsa.Dan tidak lama lelaki (lori) beredar dari situ. Lebih kurang jam 6.30 pagi, kenderaan mangsa boleh dihidupkan dan mangsa telah disamun oleh 3 orang lelaki tersebut. Salah seorang daripada mangsa telah ditikam. Suspek telah melarikan Wang Tunai RM6500, Telefon Bimbit Blackberry Bold 5, Samsung Note, Iphone 4S 2, Dompet, Cincin Tiffany & Co (Silver), Gelang Hermes warna hitam, Kad Pengenalan, Lesen dan lain2 dokumen kedua - dua mangsa.

Mangsa kini di rawat di Hospital Jeli, Kelantan.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihati untuk lebih berhati - hati dengan kejadian samun ini. Untuk perjalanan jauh, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Ambil langkah berjaga-jaga.

~Admin~Jeli07~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...