Isnin, 13 Jun 2011

Berbicara lain dari yang lain ...

Entah kenapa, hati aku terdetik untuk membicarakan sesuatu. Apa dia yer..??? Sebenarnya aku ingin sekali membicarakan atau melontarkan sedikit pandangan aku tentang suasana perpaduan melayu masa kini. Bukannya aku nak meletakkan "batu api" tetapi ianya sebagai rasa isi hati aku selama ini terhadap apa yang berlaku pada masa kini terutama pada bangsa ku sendiri.

Aku akui, mana - mana negara sekali pun mengamalkan sistem politik. Ada kerajaan dan ada pembangkang. Tetapi sejak bertukarnya tampok kepimpinan negara dulu, iaitu turunnya Tun Mahathir sebagai gelaran Perdana Menteri Malaysia. Aku merasakan bagaikan suatu yang tidak kena dengan sistem politik kita sekarang ini.

Benar! dulu hingga kini, UMNO mewakili melayu, PAS dan PKR juga mewakili melayu. Tertubuhnya PKR adalah disebabkan penyikiran Anwar Ibrahim dari kerajaan atas isu - isu beliau sendiri. Tetapi apa yang aku lihat, selepas turunnya Tun dari kepimpinan negara, politik negara seperti dilanda tsunami. 




Kini aku lihat, Melayu semakin berpecah belah. Kenapa aku katakan begitu? Kerana, sebelum ini kita dengar ada usul dari kepimpinan PAS untuk mengadakan rundingan di antara PAS dan UMNO untuk menjadi satu, bersatu untuk menjadi suatu bangsa melayu yang kuat. Namun hasrat itu, hanya "angan - angan  tahi ayam" dan ianya hanya kenangan sebagai suatu usaha yang cukup murni. Kenapa ianya terbantut? Kerana ada yang menentang hasrat ini. 


Aduhhhh.....kenapa lah sikap bangsa aku sendiri begini jadinya..? hanya perbezaan fahaman politik, kita berpecah belah. Ada yang aku dengar, sapa yang menyokong UMNO itu tidak akan masuk syurga. Ya Allah! yang menetukan kita masuk syurga atau negara bukan kerja kita. Kerja kita beribadah dan terus beribadah dan terus mencari keredhaan Allah SWT.

Apa yang boleh aku simpulkan disini ialah, sebenarnya apa yang pernah Tun Mahathir katakan dulu bahawa "Melayu mudah lupa" ada kebenarannya. Adakah kita masih engat dan terus kenang perluan tok nenek kita dulu yang bermati - matian memperjuangkan kedaulatan tanah air kita.

Kita sebenarnya terlalu taksub dengan sesuatu. Terus terang, aku tidak menyokong mana - mana pakatan politik. Calon yang mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan mampu menambat hati rakyat serta mampu memberikan perubahan pada kawasan setempat. Maka pemimpin itu lah yang aku sokong & aku undi.

Ketidakpuasan hati pada sesuatu harus dilemparkan pada landasan yang benar. Sebenarnya aku menyokong program "Meja Bulat Online" yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru - baru ini. Ianya merupakan medan yang sesuai untuk kita mengutarakan apa jua aduan kepada Perdana Menteri secara terus. Aku yakin, komuniti ini sememangnya akan ada Jawatankuasa yang memantau setiap transaksi dalam blog tersebut dan seterusnya komen - komen rakyat dikumpulkan sertanya dianalisis.

Apa - apapun, aku sebagai salah seorang warga Malaysia dan bangsa melayu, menyeru agar kita sebagai satu bangsa terus bersatu padu, terus menjadi suatu bangsa yang kuat. Usahlah kita bercakaran sesama sendiri. Sedar lah apabali kita bercakaran sesama sendiri maka apabila mata yang disekeliling melihat kita, mereka akan bertepuk tangan, dan mereka akan ketawakan mereka. Adakah itu yang kita mahukan..?



Justeru itu, bangkitlah bangsa ku...Usahlah kita bersengketa...Ayuh kita kibarkan semangat perpaduan sesama kita. Ayuh teman, Ayuh rakan, Ayuh sabahat...Ayuhhhhhh.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...