Isnin, 13 Jun 2011

Berakhirnya AF ...

Diam - diam, semalam telah diadakan Konsert Akhir Akademik Fantasia (AF) di Putrajaya. Sedar atau tidak, AF kali ini merupakan yang terakhir. Apa pun, saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada HAZAMA kerana telah dinobatkan sebagai Juara AF 9. Kira berbaloi penantian Hazama untuk menyertai AF dan kini dia adalah juara. Lepas nie tak tahu lah apa lagi "kejutan" Astro.

Pembaca boleh ikuti artikel mengenai AF di bawah ini.

Hazama juara Akademi Fantasia musim terakhir

HAZAMA dijulang ahli kelab peminatnya selepas menjuarai AF9, malam semalam.
HAZAMA dijulang ahli kelab peminatnya selepas menjuarai AF9, malam semalam.
PUTRAJAYA: Peserta yang pernah gagal dalam konsert prelude Akademi Fantasia musim keempat lalu, Hazama menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada final pertandingan program realiti itu yang diadakan di Dataran Putrajaya, Precint 3, di sini malam tadi.

Hazama atau Hazama Ahmad Azmi yang diserap masuk pada minggu keempat bagi menggantikan dua peserta yang disingkirkan menerusi Ops Gugur, menewaskan tiga finalis lain. 
Kemenangan itu membolehkan peserta berusia 26 tahun itu membawa pulang hadiah utama wang tunai RM200,000, trofi sumbangan Astro, hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root berserta sebuah kamera Sony Handycam yang disampaikan Pengetua AF9, Amy Search. 
Pada pertandingan yang diadaptasikan daripada program La Academia dari Mexico sejak 2003 itu, Hazama menyanyikan lagu berjudul Cinta Teragung dan Pukau yang dipopularkan oleh Tomok.

Tempat kedua diungguli peserta dari Sabah, Lenaber Haidir atau Lena yang membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah trofi, sebuah hamper dan wang tunai bernilai RM2,000 sumbangan Power Root serta sebuah kamera Sony Cybershot.

Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Fina atau Nur Syafinaz Jebat dan Mohamad Azri Abdullah atau Azri.

Semua senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria. Selain juri tetap, Hattan dan Ogy Datuk Ahmad Daud, turut diundang sebagai pengkritik ialah Datuk Ramli MS.
Istimewanya Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Sembilan ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh himpunan lapan bekas juara Akademi Fantasia daripada musim pertama hingga kelapan iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7).

AF9 adalah edisi terakhir daripada siri program realiti popular itu selepas hampir sedekad bersiaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...