Khamis, 9 Jun 2011

Fikir dan Rasa ...

Entah kenapa, sejak menjelangnya tahun 2011 tidak ada satu pun yang mampu mengembalikan semangat aku seperti tahun - tahun sebelumnya ini. Yang pasti aku rindukan semangat seperti dulu. Persoalannya, apa mungkin semangat itu akan kembali pada aku?

Inilah yang dikatakan, pancaroba dan cabaran kehidupan. Apa mungkin aku mampu melupakan semangat itu? Kerana semangat itu yang telah bertapak dalam diri sanubari aku setelah sekian lamanya. Ianya telah menjadi darah yang mengalir disegenap tubuh badan ku ini.


Bak kata orang tua - tua dulu kala, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Pabila aku amati kata - kata itu, aku tak dapat nak menafikan bahawa ianya ada kebenaran. Dulu aku selalu dengar, ayah aku selalu kata, "mak ayah nie dah lebih dulu makan garam". Orang yang terdahulu daripada kita, pasti muak dan lebih memahami gelombang cabaran dalam kehidupan kita seharian.

Apa yang hendak aku katakan sekarang ini ialah, saban hari aku semakin tidak faham dengan keadaan sekeliling aku. Adakah kerana ianya sememangnya bertentangan dengan jiwa dan naluri aku? atau sememangnya aku buta untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk? atau aku masih lagi belum cukup garam untuk aku makan, supaya aku lebih memahami pahit maung dalam meniti cabaran sebenar.

Oklah... Aku terpaksa tinggalkan hanya setakat nie. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi. Tetapi yang pasti, selagi hayat dikandung badan. Aku akan cuba menulis tentang apa yang aku "Fikir" dan apa yang aku "Rasa".
Sememangnya, manusia adalah manusia kejadian Allah SWT yang cukup istimewa, kerana diberikan cukup sifat dan akal fikiran. Lantaran itu, apa yang aku "Fikir" dan yang aku "Rasa" ini membuatkan kita semua menggunakan akal fikiran itu untuk membuat "Pertimbangan" dan "Keputusan" yang waras.

Sekian, wassalam. 73


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...