Isnin, 18 Julai 2011

Catatan Harian Ku..!

Pagi ini, aku tetiba terfikir untuk mencoretkan aktiviti harian aku dalam blog aku ini..Tak tahu lah ianya sesuai atau pun tidak..tetapi mungkin ianya akan berguna suatu hari nanti.. 


Kalau aku nak kata, perjalanan hidup atau aktiviti harian aku itu menarik, tidak juga..tetapi biarlah ianya nanti menjadi suatu ingatan dan rujukan kepada aku sendiri..Mungkin yang baik itu boleh jadikan tauladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan..Kerana aku juga seperti anda semua, hanya lah manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan dan kesalahan.

Catatan ini juga mungkin dalam pelbagai situasi dan emosi..ada suka,duka, susah, senang..pendek kata, apa juga yang berlaku..akan aku jadikan blog aku ini sebagai catatan harian aku..Mungkin, ianya akan menjadikan blog aku ini akan lebih ceria dengan kisah - kisah aku yang biasa ini...Ianya cukup sepadan kerana aku juga adalah manusia biasa..

Sekian,wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...