Tanggal 18 Julai 2011, tidak ada satu pun perkara yang menarik untuk aku coretkan.
Seperti biasa juga, seawal pagi tugasan aku adalah menghantar kedua - dua puteri aku ke sekolah dan ke taska. Tapi dalam minggu ini, pergerakan aku agak perlahan. Bergerak untuk menghantar anak - anak sekitar jam 0725 pagi. Penyakit lama telah datang, tiap kali aku dah selesai bersiap mula time itu, perut aku memulas..
Bila selesai aku menghantar anak2 ke sekolah dan taska, bergegaslah aku balik ke rumah untuk mengambil "Isteri Tersayang" untuk ke pejabat pulak. Mujurlah sekolah dan taska anak aku tak jauh. Biasalah dah menjadi rutin, sebelum gi kerja tu, kena sidai baju dulu.
Eeeemmm.....Bila aku masuk opis, mula lah kepala otak berputar macam gasing memikirkan apa yang harus aku lakukan hari ini.. Aku sentiasa mengharapkan aku mampu melakukan kerja2 aku dengan sebaik mungkin.. Biasalah, masuk ditempat yang dari peringkat awal urustadbirnya bermasalah, nak aku selesaikan tanpa ada komitmen tinggi dari pelbagai pihak, mustahil untuk aku lakukan. Apa2 pun, permasalah itu telah aku kenal pasti, hanya tinggal untuk aku cari kaedah yang terbaik menyelesaikannya..
![]() |
| gambar hiasan... |
Kebiasaannya pada hari Isnin, anak aku "Kakak" akan balik sekolah pukul 12.45 tengahari. Entah macamane, aku boleh terlewat ambil dia. Pukul 1.10 petang baru aku ambil dan terus hantar dia ke taska Amanat Islamic berhampiran di kawasan perumahan aku.
Macam biasa, bila masuk waktu balik pukul 5.00 petang, sudah pasti sekitar 5.05 petang aku dah punch out sebagai tanda aku nak balik...buat apa aku nak bertapa lama2 di pejabat..? Bila selesai ambik anak2 di taska.. terus balik rumah... tapi tak lama tu aku keluar balik kerana dah janji dengan member.. lepak minum teh di warung tepi jalan berhampiran Shell Kg Baung, Pengkalan Chepa. Itulah port baru aku sekarang...
Kiranya, banyak juga topik yang diperbualkan...Antaranya seperti, kisah Sukan Staf, Radio Amatur, Barang Halfcut dan yang paling penting...pasal "Kak Long"...Sapa "Kak Long"? sebenarnya ada salah sorang member aku namanya Shahrul, tapi aku panggil "Yun"..dia nie belum kawin..umur dia sekitar 32 tahun..baru2 nie dia bagitau aku, dia berkenan dihati akan seseorang tu...orangnya duk tumpat..tu yg menjadi bahan usikkan aku tu.."kak Long"...Apa2 pun, sebagai kawan..aku doakan agar kawan aku yg sorang nie..dipercepatkan jodohnya..jika benar gadis itu dijadikan untuk dia dan dia dijadikan untuk gadis itu, moga jodoh mereka ini dipermudahkan...
Sebelum masuk tido..orang umah aku sibuk membungkus serunding untuk dihantar ke Abg Ipar aku di Alor Star..nak test market di sana, tengok leh jual ke tak..Aku pun bantu lah juga membungkus..dalam sibuk membungkus tu, dalam hati nie berkata2..moga sapa yg rasa serunding ini..akan rasa sedap sampai menjilat jari...hahahaha.......
Apa2 pun itulah kisah perjalanan hidup aku semalam....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan