Khamis, 14 Julai 2011

Lagi, Penghinaan Kepada Raja & Negara...!!!

Baru - baru ini aku terkejut bila terbaca didada akhbar, tentang penghinaan seorang pelajar IPTA terhadap Raja & Negara.. Bila membaca beberapa artikel blog, mendakwa bahawa individu tersebut bukan lah orang yang sebenar.. Entahlah, sejauh mana kesahihan kisah ini.. Apa2 pun, bila aku mendengar kisah ini..aku rasa sungguh kecewa..kecewa melihat anak bangsa yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik kepada negara dan tergamak menghina negaranya sendiri.


Anak muda yang masih menuntut, yang masih mentah mengenal erti sebuah kehidupan apatah lagi menghargai perit jerih pejuang kemerdekaan dulu, yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air daripada penjajah.

Apa pun, pesan aku kepada anak bangsa...kenali lah dunia, kenali lah kehidupan nyata..kerana hidup kita umpama putaran roda. Mungkin kini kita berada di atas, dan bila kita berada di atas, kerana menjadi lupa diri..usahlah kita lupa diri, pandang lah mereka yang berada dibawah. kerana tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan berada dibawah seperti mereka. Dan jika pelajar terlibat mendakwa, ianya suatu fitnah, buat lah tindakan yang sewajarnya untuk menuntut keadilan.

Kepada pihak berkuasa, kesan lah individu yang terlibat dalam penghinaan ini..Ambil lah tindakan tegas terhadap mereka..pastinya, majoriti rakyat Malaysia tidak rela lagi ada penghinaan seperti ini.

Justeru itu, sama2 lah kita renungi bersama atas apa yang berlaku...

Sekian, wassalam

1 ulasan:

  1. biadap sebiadap2nya... buktikan siapa yang makan taik atau yang mati kebuluran... seperkara yang perlu dihayati ... sekiranya tiada raja maka tiadalah bangsa melayu... contoh... patani ada raja... kepulauan sulu ada raja... indonesia ada raja... tapi raja siam, perundangan mencengkam tingkahlaku dan pertuturan rakyatnya... oleh itu pandang2lah dan jangan terlalu biadap...baru merangkah dah nak belari..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...