Semalam berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Malaysia menentang pasukan ulung, Liverpool. Apa2 pun aku ingin sekali mengucapkan syabas dan tahniah atas semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia. Walaupun kalah 6-3, tetapi kekalahan itu bukannya bermakna pasukan Malaysia kalah segala2nya..
Mengikut pada amatan aku semalam, yang hanya menonton perlawanan tersebut hanya seketika mendapati, pasukan Malaysia kini mampu menunjukkan semangat juang yang tinggi..Untuk meletakkan harapan yang tinggi, amat mustahil utk Malaysia menang..tetapi perkara yang mustahil itu tak mungkin akan memihak kepada Malaysia.
Mungkin sebelum ini pasukan Malaysia melawan Arsenal, kalah 4-0 telah menjadikan pasukan Malaysia lebih matang untuk menyusun strategik. Pada aku, mereka kalah dengan cara yang bermaruah, berjuang hingga ke titisan minit yang terakhir..
Ada juga rakan2 aku yang berkata, "pasukan lawan tak keluarkan 100% kesungguhan mereka semasa berlawan"..jika aku halusi, mungkin ada kebenarannya juga.. Betul..!!! aku bukannya penggemar sukan ini tetapi, setidak2nya...aku masih ada rasa bangga dengan kesungguhan pasukan Malaysia..
Apa2 pun, selamat berjuang..Pasukan Bola Sepak Malaysia..untuk mengharumkan nama negara ke persada antarabangsa..walaupun engkau kalah, kekalahan itu tidak bermakna Malaysia kalah...kerana kita menang atas semangat juang yang telah ditunjukkan...
Sekian, wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan