Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Sebelum aku berbicara panjang, terlebih dahulu ingin aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh Umat Islam. Ini menandakan Ramadhan Al Mubarak telah pun tiba. Dan tidak lama lagi Syawal pula yang akan menjelma.
Dalam kita bakal menjelang Hari Raya nanti, masih ramai lagi di antara kita yang menempuhinya dengan penuh serba kekurangan. Diuji dengan pelbagai ujian hinggakan kita sendiri pun tidak mampu untuk memandangnya. Bak kata pepatah, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Lantaran itu, aku ingin berkongsi sebuah cerita sedih. Sumber dari seorang rakan Radio Amatur, Saudara Idris Ramli (9W2IBR) yang telah mengisahkan kehidupan terkini salah seorang rakan Radio Amatur juga, iaitu Saudara Rosdin bin Sahir (9W2GLR).
Berikut ini, aku copy dan paste kisah kehidupan rakan kita untuk dikongsikan bersama pengertian sebuah kehidupan.
Sahabat kita, saudara Rosdin
Bin Sahir atau lebih dikenali sebagai Labis di kalangan rakan-rakan yang
terdekat kerana beliau berasal dari Labis, Johor. Beliau dilahirkan
pada tahun 1968.
Beliau adalah Cip Jajahan Rawang untuk Exora Owners Club Malaysia (“EOCM”) dengan nombor keahlian EOCM-386.
Di dalam EOCM Jajahan Rawang atau lebih dikenali sebagai Geng Lanun
Rawang (“GLR”) di kalangan sahabat EOCM, beliau adalah pemegang
call-sign GLR-Seagull.
Beliau juga melibatkan diri di dalam dunia
Radio Amatur / Radio Dua Hala dengan memegang call-sign 9W2GLR. Di dalam
Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (PRADAS) beliau
adalah pemegang call-sign PR-LBS.
Pada 14 Februari 2012, beliau
telah terjatuh dan berlaku pendarahan di kepalanya. Beliau telah
dimasukkan ke wad ICU Hospital Sg Buloh untuk beberapa minggu di mana
tiga pembedahan telah dilakukan ke atasnya hingga menyebabkan sebahagian
daripada tempurung di kepalanya terpaksa dibuang dan lumpuh seluruh
badan.
Sehingga hari ini, 21 Julai 2012, beliau masih memerlukan
bantuan untuk bergerak, tidak boleh mengeluarkan sebarang kata-kata dan
hanya menggunakan mata untuk bertindak balas. Makanan (susu) juga
dimasukkan melalui tiub yang dimasukkan ke hidung. Pada setiap masa
beliau juga beliau dipakaikan lampin pakai buang.
Kepada rakan-rakan
yang ingin menziarahi beliau, boleh berkunjung ke rumah beliau yang
terletak di No. 56, Jalan Widuri 1, Taman Widuri, Bukit Beruntung 3,
Bukit Beruntung, Selangor.
Tanpa ahli keluarga yang bekerja dan 6 orang anak yang sedang membesar, beliau amat memerlukan bantuan daripada kita semua.
Saya mewakili rakan-rakan dan ahli keluarga saudara Rosdin Bin Sahir
memohon jasa baik semua sahabat agar dapat membuat sedikit sumbangan
bagi meringankan beban keluarga beliau.
Segala sumbangan boleh disalurkan secara online kepada saya di:-
CIMB a/c 1435 0064 0485 28 atau Maybank a/c 1622 6323 9601 di atas nama Idris Bin Ramli.
Sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan yang diberikan, kami akan
menghadiahkan 1 sticker (seperti yang kelihatan di awal video) untuk
setiap sumbangan yang melebihi RM10. Sila maklumkan alamat tuan/puan
bagi tujuan penghantaran pos.
Terima kasih.
Yang benar,
Idris Bin Ramli (KP: 680512-08-5581)
Tel: 019-3889132
Pastinya, pembaca telah membaca kisah hidup dan menonton video kisah sebuah kehidupan Saudara Rosdin bin Sahir (9W2GLR). Tidakkah diantara kita merasakan terdetik rasa simpati dan sedih. Waktu sihatnya, QSO bersama, sewaktu sihatnya, minum bersama, gurau senda bersama, ke sana sini bersama. Kini, Allah SWT telah memberikan kita peluang dan ruang di dalam kesempatan ini untuk sama - sama berkongsi keperitan hidup ini bersama beliau. Ditambah lagi dengan keadaan isteri yang tidak bekerja dan anak - anak yang masih bersekolah. Jika sedikit bantuan daripada kita, sudah pasti ianya akan meringankan beban si isteri dan anak - anak beliau di ambang bulan Ramadhan Al Murabak dan Syawal yang bakal tiba.
Aku menulis ini, kerana...hati ini syahdu dan sedih melihat beliau. Walaupun aku tidak pernah bersua muka dan QSO bersamanya.. Dia adalah saudara seislamku.. Mungkin hari ini hari dia mengalami semua dugaan Allah SWT, yang pastinya hari kita akn tiba jua. Masa dan waktunya sahaja yang tidak kita ketahui.
Justeru itu, aku merayu dan aku menyeru kepada semua rakan - rakan pembaca untuk sama menghulurkan sumbangan walaupun sedikit untuk membantu sahabat kita ini.
Sekalung tahniah yang tidak terhingga kepada Saudara Idris Ramli (9W2IBR) atas daya usaha beliau menghebahkan berita ini kepada umum. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang beliau lakukan.
Akhir kata, maafkan aku sekiranya aku ada terkasar bahasa. Yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri aku sendiri.
Wassalam.
de 9W2RSG
Terima kasih tak terhingga buat sahabat 9W2RSG
BalasPadamApa yang dilakukan hanya secebis..kerana ingin membantu seorang sahabat yang seagama, sebangsa...putaran kehidupan kita umpama roda, hari ini kita di atas, bila-bila masa kita akan duk dibawah...sama2lah kita renungi bersama dalam suasana ramadhan al mubarak ini
BalasPadam